Kalau dulu, hadirnya di pelusuk kampung, kawasan luar bandar mengudang seribu macam ceria. Kanak-kanak berkeliaran berlari, merengek meminta untuk dibenarkan bermain, menyertai rakan-rakan berkongsi ria tawa.
Dari Ferris Wheel, hingga ke kereta bumper, semuanya mengundang seribu leret senyum para hadirin. Bagaikan pesta keramaian yang tak berpenghujung hinggalah enjin generator dipadamkan.
Kini kenangan tinggal kenangan. Jangan kata bermain, berjumpa pun susah. Anak2 lebih gemar bersukaria di kompleks-kompleks gah. Token ditukar hiburan dibeli, jari jemari menari bermain permainan yang kadang-kala tidak masuk akal hikmat, buah serangan, kombo dan penyudahnya.
Aku tersenyum saat anak si anu menangis kerana ayahnya gagal mendapatkan anak patung kerna tangannya memang pengko bermaen tembak-tembak.
Aku dengki melihat anak si polan dibantu ayahnya mendapat 5 ekor itik dan membawa pulang anak patung yang hampir sama tingginya dengan meja tulisku di sekolah.
Aku turut ketawa melihat adik-adikku ketawa menunggang kuda merry go round.
Aku rindu saat itu…















.-=...














ecko says:
Betul jugak tu, lama dah tak jumpa funfair ni. dulu pun aku biasa gak masa kat pesta pulau pinang.. kan.. teringat aku…. tapi bila pikir2 balik.. funfair nilah mengajar kita erti satu berjudian. Ya perjudian.. cuba anda fikirkan balik… kita keluar duit, pastu nak dptkan hadiah kita kena target sampai semua sasaran kena.. tak kena x dpt hadiah.. tul tak? sekiranya betul, next time jangan ler kita main game2 kat funfair tu..hehee tak semena2 kita terjebak dlm alam perjudian.. – Allah lebih mengetahui.
Oct 27, 2009, 5:47 pmAidilangelo says:
Benar ecko.. i just miss good old days.. and look on the bright side of it..
Aidilangelo´s last blog ..Bersemuka dengan Funfair!
Oct 27, 2009, 5:50 pmdausz says:
dulu awok ingat taman tasik SM noor batu gajoh.. rajin tiap2 minggu ade jer fun fair…
Oct 27, 2009, 12:36 pmalyadina says:
skang pun masih ada funfair…cina2 suka pegi tempat2 ni..
Oct 27, 2009, 11:51 pm