Ibarat katak bawah tempurung. Benarkah lebih baik hidup di bawah tempurung andai di luar tempurung itu hakikatnya terbentang luas seaneka bermacam cabaran dan dugaan? Adakah lebih baik duduk dibawah tempurung yang selamat dilindungi dan tidak tercemar dengan cobaan2 dari luar.
Itu kata aku, seperti kalian juga. Masing2 ada hak. Masing ada pendapat tersendiri.
Ini pekan ‘kecil’ kebanggan aku. Pada pendapat sesetengah org di luar sana, aku seorang rakyat Perak yang tipikal. Bangga dengan asal usul dan tidak mudah mengiktiraf kehebatan tempat lain (terutama yg berhijrah ke kota besor seperti aku).
Tapi pada teman yob, inilah dunia teman.
Aku bangga dilahirkan di sebuah negeri yang diberkati (kalo xsalah translete la). (Land of Grace). Dan keamanan di sini lain dari yang aku rasakan di kota2 besar. Benar aku mencari makan di bandar metropolitan yang serba moden. Namun di lubuk hati cinonet nie, selalu termenung mengenangkan tempat aku dilahirkan dan dibesarkan.
Kadangkala mengenang sahaja kurang lengkap. Jadi aku bingkiskan catatan lensa aku ni buat tatapan semua. Mana2 tahu kalau ade yang sejiwa dan sederap dgn aku.
Welcome to Bukit Chandan my fellow bretheren!














luPp u..!! bdax bex..!
.-=...
















