Victoria del Karai!

Pada 21.3.1900, Jambatan Victoria yang menyambungkan Enggor dan Kuala Kangsar telah dibuka dengan rasminya oleh Sir Frank Swettenham iaitu Residen General Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Perasmian jambatan tersebut turut dihadiri oleh Sultan Perak, Sultan Idris Mursyidul Azam Shah dan Raja Perempuan Perak, Residen Perak, J.P. Rodger dan isteri dan orang-orang kenamaan.

Jambatan yang mengambil nama Queen Victoria itu dianggap sebagai jambatan yang terbaik dari segi kejuruteraannya yang terdapat di Timur Jauh pada masa itu. Jurutera yang bertanggungjawab membina jambatan itu ialah G.W. Fryer, Divisional Engineer dan C.R. Hanson. Jambatanitu telah mula dibina pada 1897, ia merupakan perhubungan antara Ipoh dan Taiping melalui Kuala Kangsar. Di samping itu juga ia berperanan penting sebagai penghubung bagi laluan utara ke selatan Semenanjung Tanah Melayu.

Dengan pembukaan rasmi jambatan yang  bernilai 325,000 ringgit itu, pada hari ini dalam tahun 1900, ianya telah membawa banyak faedah kepada perkembangan ekonomi dan juga membuka laluan bagi pembangunan lebih pesat dan pertumbuhan bandar-bandar timah di Semenanjung Tanah Melayu.

* Dipetik dari Web Hari Ini Dalam Sejarah http://hids.arkib.gov.my/doc/2004/mac/21_03_1900_2004.htm

100 Tahun lebih, namun masih ampuh, kukuh, teguh.. Lambang kebanggaan teknologi masa itu. Amazing!







16 responses so far, want to say something?

  1. Don@Ipoh says:

    Lawanyer gambo… handey miker niee… mengkalu tidak amende jerr ader kat gerotak karei nie… mike asey mane? budok kualer juger kerr? ater di maner diamnyer sekarang nie? Kalu rajin nanti jenguk2 ler blog gambo kawen yg teman nangkap tu.. alaaa buat promo…

    Don@Ipoh´s last blog post..Islina dan Azra bertemu akhirnya

  2. Aidilangelo says:

    Mekasehhh! Awok asei Sungi Sipot Utaghe. Skang ni ngibeh n koje di Kelumpo. Udoh masuk blog mike tadi. Tq masok blog awok.. :D

  3. Muhammad Arif says:

    Yop, shot2 tu memang cantik….

  4. Aidilangelo says:

    Tq Ariff.. just sharing my snapshots..

  5. Daddy Cool says:

    Gosh…you got the talent that i always wanted…memang mike artis tersohor…suke tengok gambor-gambor mike amik…mesti kamera herga berjuta lion! Cayalah…teman add mike ke blog teman yer..!

    Daddy Cool´s last blog post..HASIL KU YANG TIDAK SEBERAPA…

  6. Aidilangelo says:

    Salam Daddy Cool. Kemera awok kemera mughah aje. Sile2.. add aje.. bukan kene bayor ape pon.. :)

  7. deen says:

    PP getting better n better…almost perfect blend dah nih..
    luv it bro…

    deen´s last blog post..ZedrienHarith

  8. Adila says:

    bro.. lawa giler gambar2 tu!!!

  9. Aidilangelo says:

    Tq Adila, Deen. Awok ijo laie, tgh blajo. xkhatampon laie.. :D

  10. hizrat says:

    mantap seh….nicely done…angle menarik…huhu

    hizrat´s last blog post..LangKawi

  11. Aidilangelo says:

    Mekaseh! Baghu blajo2 je nie.. bukan mcm hg, gne SLR.. huhu

  12. mamatkhalid says:

    itu ler jembatan awie tak jadi jadi zombi ehee

  13. Aidilangelo says:

    Mekaseh sbb sudi nyinggah bang! <):)

  14. run^nia says:

    boleh tahu, ni guna kamera ape?sebab skrg kan org sibuk2 guna slr.ni slr jugak eh?

  15. Aidilangelo says:

    Teman gune Lumix Fz-50 je. Bukan slr, tp bridge cam. Antare compact cam. ngan slr. :) Just a guide k, slr doesn’t promises high-end pictures all the time.. :p

  16. aqilah says:

    aloo!
    mekasih bnyk2 coz dah tlg sy.. naik pening sy nk siapkan folio sy.. thnks for the info.. :-)
    k,daaaaa! hehehheh

Leave a Reply

:) :kiss: ;) :( :grin: :D :shy: :flat: :laugh: :muck: :sweat: :dream: :sob: :sleep: :p :cool: more »

CommentLuv Enabled
P1030506P1030514P1030353P1030350P1030352P1010972P1080597P1080596P1080559P1080539P1080549P1080635P1060972P1060971P1060969P1060965P1060813P1050082